Wednesday, October 3, 2012

Work Hard, Play Hard, Pray Hard



Salam.
LOL! Title takleh blah.
Hari ni msk kerja awal, 7.30am.
Biasa je bangun pagi2 ni..
Masuk awal sebab nak balik awal, yea yea..
Boss cakap aku boleh masuk pukul berapa pun janji kerja 8jam.
Ok je. huhu.

Ada la orang kata...
"u boleh la boss sayang"
"mesti gaji u banyak"
"apa u buat semua betul"

Semua tu tak betul,
boss akan sayang kalau kita betul-betul bekerja untuk company dia. Betul tak?
Gaji banyak? huhu.. asal kena repair kete je, hujung bulan...paras! hahaha
Kita belajar dari kesilapan. Kalau sekali salah takkan nak ulang 10kali salah tu?
Bila dah salah lawannya betul la. Aku manusia biasa. Tak terlepas dari salah.

“Dialah Dzat yang telah menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunva dan makanlah sebagian rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Q.S AI-MuIk (67):15)

”Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi ini”. (Q.S Nuh:(71):19-20)

”Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan shalat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah.” (HR. Bukhari)

“Sebaik-baik nafkah adalah nafkah pekerja yang halal.” (HR. Ahmad)

Insyaallah aku berkerja kerana Allah taala..
Aku bangga aku dapat bersusah sekarang untuk mencari rezeki.
Insyaallah.. 
Aku bersyukur dengan apa yang Engkau berikan padaku.. 
Jom! kita sama-sama mencari keredhaanNya
Amin.

Anis.

No comments: