Wednesday, October 17, 2012

Mati Itu PASTI.



Salam..
Syukur Alhamdulillah aku masih dibumiMu, Ya Allah..

Mati itu PASTI..

Sejak minggu lepas anis terfikir nak beli kain kafan untuk diri sendiri.
Bukan niat nak cepat mati *sedangkan dosa masih dilakukan walau sebesar hama*. Cuma beringat.
Kami bukanlah orang yang berwang dan mempunyai simpanan beribu2.
Anis cuma tak mahu susahkan mama kalau anis tinggalkan dunia ini.
Kita tak tahu bila ajal kita. Subhanallah.

Anis ada terbaca blog rakan yang berada di mesir sekarang.
'kita selalu menulis hanya untuk puaskan amarah, kegembiraan. Pernahkah kita tulis tentang kebaikan, perkongsian, pertanyaan?'

Insyaallah akan aku kerja kejalan mu Ya Allah.

P/S : apa salahnya kita mendoakan kebaikan orang dari mengatakan sesuatu yang buruk.


anis othman

Wednesday, October 10, 2012

Sejarah.

lakaran wajah parameswara.

Salam...
Haaaaa.... Interesting title huh?
Neway, anis baca blog Uncle Seekers .. *frankly say, cara dia untuk membuka mata manusia di Malaysia supaya nampak apa yang jadi adalah betul. Dengan penulisan di Internet. cuma~ orang luar bandar tak mungkin berkesempatan untuk membaca..Ini pendapat peribadi anis.* Dia ada tulis tentang 'perjanjian diantara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun' wikipedia ar apa lagi... WOW! aku yang minat baca sejarah pun tak baca lagi tentang Salalatus Salatis...

Mana la nak cari buke Salalatus Salatis tu kan.. kalau ada masa nak pi Library la this weekend. Oh ya, Paksu Yon actually study Master in Sejarah Melayu ok! *i didnt remember la exact course name.. hahhaa*

Anis minat sejarah!
Macam ni ceritanya..............................
Dulu anis sekolah Rendah Islam Hira' kan, start 7.30am - 2.30pm..So balik awal dari student sekolah biasa.
TV2 dulu ada rancangan pendidikan.. Sorry anis lupa pukul berapa tapi ada satu rancangan cerita pasal sejarah dengan lakonan.. Masa tu anis darjah 3, first yang anis tenguk is tentang Parameswara. Sampai sekarang anis ingat jalan cerita dia Oooo.. Start dari tu la anis minat sejarah. Kalau tak silap anis zaman anis mula belajar Sejarah ada time sekolah menengah. Cara mudah untuk anis ingat sejarah ialah dengan mendengar cerita.. Bukan dengan membaca. hahaha!..

Rasanya kalau anis berkesempatan, teringin jugak nak further study... Amin


Anis.Othman

Monday, October 8, 2012

Paradigm Mall

Salam..

Hari ni dating ngan en zul kat paradigm mall. Pi seoul garden. Fuh.. Makan sampai lebam.

Lepas makan, jalan-jalan sambil cari present amalina. Ada Kaison! Yeay!!
Oh sambil jalan td, en zul suruh sebut 'buaya,biawak,buaian' yeee.. Jadi bawiyan la.. Bayuwak la... Gelak macam org gila. Ye stim makanan! Hahahaha. Allah marah tu.. So no more seoul garden la eh! Haaha..

Oh neway nak share share sikit. Selalu kan.. kalau kitorg kekenyangan, mesti nak balik terus. But hari ni kitorg hampir tapau satu paradigm mall tu. hehe.. I jumpa port bajuuu cantik. Port nak sambar jam.. Port beli present.. Port beli accessories.. Oh i love paradigm mall. Say bye bye to pyramid. Paradigm mall ni tak berapa ramai kot. Tu yg best!

Ok la. Nak tidur awal sikit :)
Nite nite~
Assalamualaikum.


Anis.othman
Via iphone

Amarah




Salam..
Haha.. Comelkan budak tu.. Got it from Mr. Google~

Ok.. kalau dengan title ni mesti semua ingat anis tengah marah.
Actually no!

Nak cerita pasal hasutan SYAITON! haha...

Syaitan sendiri dah berjanji dengan Allah.
"akan aku menyesatkan manusia, mengkafirkan manusia, memusyrikkan manusia dan menjadikan manusia penghuni neraka"

Situasi Pertama :
Ada sorg guard kat rumah anis ni, dia jaga shift malam. Memang kalau tenguk muka dia anis akan ^&%*@ la.. hahaha.. Tak tahu kenapa dia tu 'kuang ajaq' sangat. Hari2 dok nampak anis pun nak ckp "apsal takdak tukar sticker lagi cik?" (Oh.. dia ni india..) padahal belum lagi masuk bulan 10. Pastu kalau en Zul nak hantar anis balik, pun kena register. Which is kalau en zul bawak kereta papa, baru bagi signal je dia dah bukak gate. OMG! Nak dijadikan cerita, kelmarin pinjam kereta abg sebab nak bwk wira pi service. Access card kat anis, sticker kat mama. Masa nak 'tet tet' tu... Dia berbunyi "cik sticker mana?" sambil anis tenguk muka dia and gelak. sambil cakap dalam hati Ya Allah, dia ni syaiton ni yang cuba nak menjatuhkan aku! hahaha!!

Situasi Kedua :
Pergi ke 99 speed mart semalam.
aku : "dik, ada tak gula pasir?"
adik tu : "ada kat sana belakang tu kak"
aku : "maaf dik, xde la" (nampak tak berapa punya sopan aku, bukan nak angkat bakul sendiri ni)
adik tu : "ada kak..saya baru letak tadi"
aku : "eh ya allah... Gula halus la dik.. sorry salah..."
adik tu : "tu la kak, kalau dah mata yang tak betul.. jangan nak salahkan org pulak" (sambil merah mukanya)
aku : "oh ye ke? alhamdulillah...."

hahahaha... kalau duluuuuuu.... dah aku perambat budak tu! hahahaha.. skang syukur alhamdulillah.... semua tu syaitonnnn!
Bila cerita kat mama, mama tanya "awat selalu jadi kat adik eh?"
sebab Allah nak uji kot..

Haha!
Doakan la kebaikan saya ye.. amin..
Mudah-mudahan saya mampu menjadi yang lebih baik..
Amin..


Anis.Othman

Wednesday, October 3, 2012

Work Hard, Play Hard, Pray Hard



Salam.
LOL! Title takleh blah.
Hari ni msk kerja awal, 7.30am.
Biasa je bangun pagi2 ni..
Masuk awal sebab nak balik awal, yea yea..
Boss cakap aku boleh masuk pukul berapa pun janji kerja 8jam.
Ok je. huhu.

Ada la orang kata...
"u boleh la boss sayang"
"mesti gaji u banyak"
"apa u buat semua betul"

Semua tu tak betul,
boss akan sayang kalau kita betul-betul bekerja untuk company dia. Betul tak?
Gaji banyak? huhu.. asal kena repair kete je, hujung bulan...paras! hahaha
Kita belajar dari kesilapan. Kalau sekali salah takkan nak ulang 10kali salah tu?
Bila dah salah lawannya betul la. Aku manusia biasa. Tak terlepas dari salah.

“Dialah Dzat yang telah menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunva dan makanlah sebagian rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Q.S AI-MuIk (67):15)

”Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, supaya kamu menjalani jalan-jalan yang luas di bumi ini”. (Q.S Nuh:(71):19-20)

”Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan shalat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah.” (HR. Bukhari)

“Sebaik-baik nafkah adalah nafkah pekerja yang halal.” (HR. Ahmad)

Insyaallah aku berkerja kerana Allah taala..
Aku bangga aku dapat bersusah sekarang untuk mencari rezeki.
Insyaallah.. 
Aku bersyukur dengan apa yang Engkau berikan padaku.. 
Jom! kita sama-sama mencari keredhaanNya
Amin.

Anis.

Tuesday, October 2, 2012

NO Title.



Salam!
Hiyakkk!
Biasa la.. kat blog ni, kalau tak tulis pasal gumbira ha~ ha~ aku mesti tengah sedih.
Nak buat macam mana. Lumrah la.. takkan sentiasa nak happy je.
Allah menduga umat dia untuk umat dia tidak lupakanNya.
Sebenarnya takde mood nak buat apa pon, sembang dengan boss pon berapa patah je la.
Gelak pon kalau dia gelak, tak focus pun apa dia cakap.
Ye ye.. otak aku dah sampai ke hong kong! haha.
Selalu aku pesan kat diri sendiri ni, "takkan Allah uji kau sikit, kau dah rasa goyah?"
Petang semalam rasa nak nangis sgt lepas cakap phone dgn hafiza. uff..
Bila dah tak tahan sangat, aku makan... Then ok! hahaha
Mama datang kat meja makan, mama cakap... "dugaan mama dulu lagi teruk, adik kena kuat"
Ye.. Bila aku tenguk budak kecil, mereka tak tahu apa yg mereka bakal hadapi.
Buat masa ni makan, main, nangis, tidur..
Aku tak penah terfikir yang aku akan mcm ni.
Oh tapi takpe, Allah dah memperbaiki kehidupan kami sekarang.
Insyaallah akan lebih baik nanti.
:)

*menangis kadang-kadang bagus juga.*

Anis.