Saturday, August 6, 2011

Cinta Qaisy dan Laila.

Ini cerita cinta Qaisy dan Laila...

       Pertama kali Qaisy bertemu Laila, Qaisy sudah mula jatuh cinta. Sewaktu Laila mengikut abangnya ke Kuliah petang. Laila tidak menyedari akan kehadiran Qaisy.

       Qaisy seorang lelaki tinggi dan begitu cilik tentang dunia Informasi. Pada suatu hari, Laila menerima sepucuk surat bertulis "Laila, Qaisy ingin mengenali Laila dengan lebih rapat" .. Saat itu hati Laila mula tidak tenteram kerana memikirkan, siapakah gerangan Qaisy ini.

        Hampir setiap hari Laila akan menerima surat dari Qaisy walaupun Laila masih belum bersua muka dengan Qaisy. Sehingga suatu hari sebelum hari lahir Laila, Qaisy membuat keputusan untuk bertemu Laila ditemani oleh abang Laila dan rakan-rakan abang Laila yang lain pada hari lahir Laila. Laila tidak sabar untuk bertemu jejaka yang hanya menulis surat padanya.


        Mereka semua bertemu disebuah Bazaar berdekatan Universiti abang Laila.
Qaisy : "Assalamualaikum Laila...." sambil melihat pergerakan Laila yang sedikit kekok.
Laila  : "Waalaikummussalam... Jadi awak la Qaisy?" tanpa memandang wajah Qaisy.

Itulah saat pertama kalinya Laila bertemu dengan Qaisy. Tanpa disedari mereka mula serasi bersama dihari lahir Laila dan sebelum pulang, Qaisy memberi sepucuk surat berwarna merah sambil berkata "nanti Laila baca selepas solat isyak ye.."

Dan isi surat itu...........
Nantikan sambungan percintaan Qaisy dan Laila..
Insyaallah..

3 comments:

A said...

kumenanti... :)

_anees^ said...

:)
insyaallah lagi 2 hari

MRYMOO said...

cepat sikit!