Thursday, August 11, 2011

Cinta Qaisy dan Laila. (part 2)

Dalam perjalanan pulang ke rumah, fikiran Laila masih memikirkan apakah isi surat yang diberikan oleh Qaisy.
Azhar, abang kepada Laila sudah tahu hasrat Qaisy yang ingin menjadikan Laila sebagai teman hidupnya.
Tetapi tidak pernah Azhar bersuarakan kepada Laila.

Azhar : "Apakah yang difikirkan wahai adikku?"
Laila masih tidak menjawab kerana masih bermain-main dengan minda sendiri.
Azhar : "Wahai Laila, abang masih menunggu jawapan darimu."
Laila   : "Ya Allah, maafkan Laila abang, fikiran Laila sedikit terganggu.."

Azhar tersenyum dan membiarkan adiknya yang sedang runsing itu.

Dirumah, Azhar mengajak ibunya dan Laila untuk solat isyak berjemaah.
Selesai solat, Laila meminta izin untuk masuk ke biliknya.
Di ambilnya sampul surat merah itu.
"apakah isi surat yang ditulis Qaisy ini"
dibuka surat itu...

Laila,
Saat pertama kali aku menatap senyuman wajahmu.
Membuat aku tepaku dan aku jatuh cinta.
Banyak kata yang aku ingin ungkapkan namun aku kaku.
Aku ingin kau tahu,
Inilah cinta teragung.
Aku juga ingin kau tahu,
Sungguh hanya dirimu la yang aku kasihi.
Andai kau juga merasakan seperti yang aku rasa Laila,
Aku ingin menjadikan engkau sebagai teman hidupku.


Laila menadah tangan dan berdoa
"berkatilah perhubungan kami, Ya Allah"


Keesokkan harinya Laila mengajak Azhar untuk menemaninya bertemu Qaisy.
Ada perkara yang ingin disampaikan pada Qaisy.
"Jika Qaisy benar-benar mengasihiku, dia akan terima apa yang aku inginkan"




Apa yang cuba Laila beritahu pada Qaisy?
Insyaallah akan saya ceritakan...
Part 1

2 comments:

A said...

suspen2..hehe

_anees^ said...

a : heheehehe....suspen jugak la...