Wednesday, July 6, 2011

Takdir atau Jodoh?


Salam...
Annisa sebuah drama TV3 yang terlalu complicated cerita hidup mereka..
Cerita mengisahkan 4 orang rakan baik yang membina empayar perniagaan.
Tapi... bukan kisah perniagaan yang anis nak ceritakan..
Anis nak menceritakan tentang Anna(fiza elite) yang telah dimadukan oleh suaminya(zamarul hisham).
Suami Anna berkahwin dengan rakan baik dia sendiri(rozita che wan)..

Ya Allah.. Kalau anis kat tempat Anna tu... Anis rela dimadukan kalau dah itu yang suami anis nak...
Tapi bukan la dengan kawan sendiri... Nauzubillah...
Tak tau la nak cakap..

Episod malam tadi (5/7/2011), Sara(aida aris) salah seorang rakan baik Anna ada cakap 
Sara : "mungkin dah jodoh..dah ditakdirkan Balqis kawin dengan farid"
Shila(faradhiya) : "tapi kalau dah takdir tu pun boleh diubah!)
Sara : "kalau taktertulis, kita tak mampu nak ubah takdir"....

erm...betul jugak... Insyaallah Allah tau apa yang mampu dan terbaik untuk hambaNya...
Amin....

No comments: