Tuesday, July 12, 2011

Sekadar renungan.

Salam,
Teringat perbualan dengan mama semalam.
Tentang Bersih 2.0 yang berlaku Sabtu lepas.
Subhanallah...
Banyak yang mama pesan "jangan masuk campur, jangan terlalu memperkatakan tentang politil dalam internet"
Insyaallah esok kalau diberikan lagi nyawa dibadan oleh Allah s.w.t, usia akan bertambah..
24tahun dah mampu membezakan antara baik dan buruk kan?
Dah mampu membuat keputusan.
Mampu berfikir.
Mampu meneliti.
Biar apa orang nak kata, manusia berhak bersuara!

Anis ada baca satu artikel oleh Dr. Zainal Abidin

Berhati-hati Memilih Pemimpin
Ketika dalam perjalanan kita disuruh berhati-hati di jalan raya. Hadis-hadis pula menyuruh umatnya berhati-hati ketika memilih pasangan hidup serta kawan. Maka dalam konteks memilih pemimpin ia sudah pasti lebih dituntut lagi kerana isunya adalah lebih besar dan kesannya lebih meluas.
Dalam surah Al-Baqarah ayat 124, Allah berfirman, “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’.”
Ayat ini menunjukkan pemimpin tidak boleh dilantik secara sembarangan. Sehubungan dengan ini Imam Qartubi dalam Al-Jamik li Ahkamil Quran berkata, “Ayat ini (iaitu al-Baqarah ayat 124) merupakan dalil bagi satu jemaah ulama Islam bahawa pemimpin-pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia…..Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.
Bukan nak berlagak pandai atau rasa diri bagus...
Tapi...kalau kita dah tau kita salah, kita harus berusaha untuk berubahkan?
Bukan mudah untuk ubah mentaliti manusia.

and pagi tadi anis terjumpa Aiman Azlan,
agak menagik cara yang ingin disampaikan.


Cubalah kita renungkan dan kita kaji....
Anis juga manusia yang tak lari dari membuat kesalahan...

No comments: