Tuesday, April 26, 2011

Selamat Ulang Tahun, Abang.

Salam....
Selamat Ulang Tahun, Abang!

Cepat sangat masa berlalu pergi...
Pergi bersama angka-angka usia!
Seingat anis, kami berdua masih bermain bola sepak dalam rumah!
Seingat anis, kami masih bahagia dibawah satu rumah.
Seingat anis, kami masih menyambut Hari Lahir bersama mama dan abah tercinta....

Tapi selepas menghela nafas, baru anis sedar...
Yang kini abang sudah pun berkeluarga dan mempunyai seorang anak lelaki yang sangat comel..
dan bakal menerima lagi seorang cahaya mata.
Yang kini anis juga sudah bekerja dan menanggung masalah sendiri...
Yang kini kami masih bergurau-gurau dan bergelak bersama-sama...

Selamat Ulang Tahun, Abang...
Adik sayang abang...
Mama jugak! Kakak jugak! Mike jugak! baby dalam perut jugak! ah! adik sayang semua!
*airmata menitik-nitik! tak tipu.