Monday, February 21, 2011

Pesanan mama.

Salam.
Mama selalu berpesan,
Adik, jangan tinggal solat.
Adik, selalu baca surah Al-waqiah.
Adik, selalu hormat orang.
Adik, selalu tolong orang.
Supaya bila mama xde nanti, semua nie akan memudahkan adik.

Selama nie anis tak penah rasa apa2.
Tapi semalam perasaan takut tu menular dalam diri.
Ya Allah...Hanya Kau yang tau peraturan hidup ini...

Semalam Mikaeel tidur kat rumah...
Pagi tadi awal Mikaeel terjaga sebab sakit perut...
Dia nak kat anis jer...
Ok...Anis tanya mama, "macam mana mama membesarkan adik dengan abg?"
Mama jawab, "Allah je tau..."
Sayang mama!

Tiba sedih bila membaca Keistimewaan Wanita menurut Hadith.


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia."

2. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.

3. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu
dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta sikap bertanggungjawab, maka
baginya adalah syurga.

4. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.

5. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.

No comments: