Friday, October 22, 2010

Perkahwinan berlandaskan apa?

Salam...
Entry kali nie agak wink wink skit! hahaahaha...
Anis? Kahwin? Insyaallah....satu hari nanti...
Sekarang terlalu awal untuk anis...
Anis masih mengejar cita-cita dan impian masih belum tercapai..
Bukan terlalu taksub dengan hal dunia...
Tapi kita harus bersedia untuk masa yang akan datang...
Ouch! Masa terlalu laju berdetik!

 heeee.....saja promote abg!

Ok...Kenapa anis mengeluarkan tajuk 'Perkahwinan berlandaskan apa?'...
sebab anis terbaca status2 mereka di 'facebook' tentang perkahwinan mereka tidak berhasil!
oh! don't they know itu satu yang mengaibkan maruah diri dan suami or isteri?
subhanallah....erm...

Korang perasan atau tidak,
Konsep perkahwinan zaman sekarang mudah!
Hensem? kaya? Serasi? Ok cukup!
Tanpa siasat kerjaya pasangan....aktiviti seharian pasangan....
Last....last....baru tau disebaliknya....ufff...

Anis ada terbaca satu artikel tentang 'Perkahwinan berlandaskan islam'

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-
"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya.Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah."
(Surah al-Rum, ayat 21)

Allah menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri.
Sebahagian ahli tafsir membezakan makna mawaddah dan rahmah ini.
Bagi mereka mawaddah atau keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. Apabila seorang lelaki telah berumur 60-70 tahun dan perempuan berumur 50 tahun, mawaddah ini akan berkurangan. Maka, pada saat inilah Allah akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan
berkenaan.

Rahmah lebih tinggi kedudukannya daripada mawaddah sebab ia kasih mesra di antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan keinginan syahwat, sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagiaan yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas.








wahhhhhh....sangat detail apa yang diturunkan oleh Allah untuk kita..

*selalu berdoa supaya Allah memberi hidayah dan petunjuk kearah kebaikan untuk diri ini...amin....

No comments: