Saturday, March 20, 2010

Sesi Filem.

Seperti biasa...
Sesi filem! *wah! betul nye bahasa baku! LOL
I like!~


 Alice in Wonderland
* Cinema 19.03.2010.
+ Syuhaida + Abg Chai + Malina

Nampak sgt la anis dah tua.. ups..berusia! tet!~ hahaha
Sampai dah lupa jalan cerita cartoon alice in wonderland.
Hanya beberapa slot jer yg anis teringat.
Watak Johnny Depp sangatlah saya suka! hehehe...
Graphic cerita nie pon menarik..
*kami terpaksa membeli couple sit sbb ticket semua fully booked.
  bercinta ngan malina sat...hehe
  yang x best nye 'sit' tu kebawah! mmg sakit pinggang!

Sinopsis
Cerita nie menceritakan tentang tentang seorang gadis yang berusia 19thn bernama Alice Kingsleigh yang sewaktu kecilnya diganggu oleh mimpi yang berulang yang menampilkan makhluk-makhluk aneh!
Alice menghadiri satu majlis dimana Alice akan ditunangkan dengan rakan baik ayahnya. Alice mengikuti seekor arnab yang memakai 'coat' ke sebuah pokok yang besar dan arnab itu masuk kedalam sebuah lubang.
Alice ingin melihat apa ada dibawah sana dan Alice terjatuh ke lubang Wonderland.
Apa yang dimimpikan oleh Alice sejak kecil menjadi kenyataan.
Alice bertemu dengan Nivens McTwisp si arnab, Absolem si beluncas, March Hare si arnab gila *hahahah, Mad Hatter si Johnny Depp, White Queen, Red Queen, tweedledum and tweedledee dan ramai lagi...

★★★★★


 Muallaf
* download + taken from Azril Hasrul

Pada mulanya anis langsung x faham apa message yang ingin disampaikan dalam cerita nie..
Alhamdulillah selepas menonton sekali lagi anis mula faham.

Sinopsis

Rohani 20tahun dan adiknya Rohana 14 tahun, 
dua gadis Melayu dalam pelarian mereka daripada ayah kaya, yang kasar.
Cari perlindungandi sebuah bandar kecil dan bertemu 
dengan Robert Ng, 30 tahun, guru sekolah Katolik.Laki muda menemukan dirinya dengan dua anak gadis ini dan keberanian luar biasa dan kesulitan yang mereka hadapi, di mana memaksa Robert menceritakan kenangan yang menghantui dirinya di zaman kanak-kanak.Dalam kisah ini menemukan jiwa-jiwa yang mencari keselesaan antara satu sama lain, persahabatan  untuk pengampunan dan mengimbau kenangan masa lalu.

Kesimpulan.
  • Tidak jelas apa yang berlaku pada Rohana. Namun, itu boleh dianggapkan bahawa Rohani akhirnya bertemu dengan Rohana dan Rohani mengambil keputusan untuk menjaga ayahnya yang sakit diserang stroke.
  • Tidak memaparkan secara jelas apakah Brian tertarik dengan Rohani atau agama Islam itu sendiri. Jika Brian jatuh cinta dengan Rohani, ini mungkin akan menandakan pertama kalinya Yasmin menyembunyikan hubungan romantis di filem-filem yang mengandungi agenda cinta.

★★★☆☆


 The Lovely Bones
* download

Cerita nie lagi psycho! huhuhu...
Jalan cerita nie agak lambat..
Boleh mengagak pengakhiran cerita nie.

Sinopsis
Pada tahun 1973, Susie Salmon gadis berusia 
14 tahun 
tinggal di Norristown, Pennsylvania, bercita-cita menjadi jurugambar terkenal.Ketika Susie sedang berjalan pulang dari sekolah, dia berlari kepada jirannya, George Harvey, yang melihat ke ruangan bawah tanah, dia mengatakan bahawa dia telah membina sesuatu untuk anak-anak jiran. Susie akhirnya menjadi tidak selesa dengan kehadiran Harvey dan cuba untuk pergi; tetapi George menghalangnya untuk pulang, ketika ia menahan dirinya, dia menendang wajah George dan berlari keluar dari ruang bawah tanah tetapi sesuatu telah berlaku. Sementara itu, keluarga Salmon mulai bimbang kerana Susie belum pulang lagi, dan ayahnya, Jack, keluar ke bandar untuk pergi mencarinya. Susie juga berada dibandar dan melihat ayahnya, tetapi ia tidak ayahnya tidak nampak Susie.

*Cerita nie terlalu bermain dengan halusinasi sehingga tidak dapat menjangka apa akan berlaku selepas itu.

★★★☆☆

Banyak lagi movie yang dah siap download dan DVD.
Tunggu jer la yer review2 yang akan datang.
*fuh banyak benda yang anis janjikan nie! 
tunggggguuuuuu

No comments: