Saturday, February 13, 2010

Oh..Movielg...

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG

Lembing Awang Pulang Ke Dayang
*Astro 953
Cerita nie menarik!
Dilakonkan oleh : Farid Kamil, Siti Elizad, Zulhuzaime dan Mei Lin.
Mengikut mitos yang disebarkan Panglima Awang lah orang pertama yang mengelilingi DUNIA!
Tetapi disebabkan tiada rekod atau catatan yang ditulis oleh Panglima Awang, maka ini dikatakan hanya mitos. Wallahualam....
Sinopsis
Filem ini diilhamkan dari kisah 'Lembing Awang Pulang Ke Dayang' yang merupakan sebuah hikayat di hujung kurun ke-18 yang berlaku di Johor. Ia mengisahkan pengembaraan Awang selama tiga tahun bagi menyempurnakan adat untuk mengahwini kekasih hatinya.
Dalam pengembaraan Awang, dia mula memahami erti hidup dan mempelajari sejarah kebesaran keluarganya. Dia juga bertemu beberapa watak di mana dia mampu menimba ilmu, menjalin persahabatan dan menerima penghormatan.
Sepeninggalan Awang, hati tunangnya Dayang cuba dicuri oleh Bachok dengan bantuan guru silatnya, Panglima Merah, bekas ketua lanun yang amat digeruni di perairan laut Melaka. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, Awang dianugerahkan dengan dua bilah lembing pusaka bernama Lembing Laki dan Lembing Bini.
Pelayaran Awang membawanya ke pelabuhan Makasar di mana peluang memenuhi cita-citanya tersedia.
Adakah cintanya masih setia bila digoda wanita Belanda?
Di kota Goa, dapatkah dia menemui citra keturunannya?
Hikayat ini terkenal kerana peristiwa berdarah yang meragut 99 nyawa.
Adakah tragedi ini padah akibat adat janji yang dimungkiri atau angkara nafsu dendam yang tersimpan?

Apa tunggu lagi!
Pergi la menonton kat Astro Box Office 951 bagi sesiapa yang tak menonton di wayang!

No comments: