Saturday, November 14, 2009

Ceritera.


Salam.
Maaf kalau entry kali ini mengganggu emosi ramai.
Tapi itulah realiti kehidupan.

Ramai menginginkan yang terbaik untuk pasangan mereka.
Ramai yang tidak menggemari aktiviti pasangan mereka.
Ramai juga yang mengharap perubahan pasangan mereka.

Tapi mampukah kita untuk mengubah apa yang bukan datang dari hati kita?

Ada satu situasi.
Maaf sekali lagi.

Seorang rakan anis, yang menghadapi krisis dengan kekasihnya.
Dimana kekasihnya baru mula berjinak dengan hidup berparti.
Lihat.
Mungkin ketika berusia 20-an ini baru dia merasa bebas untuk melakukan apa sahaja.
Itu tidak bermakna dia liar! Ingat! Jangan sesekali menganggap orang itu keji dengan hanya dia berparti!
Tidak salah untuk belajar dan mengenal kehidupan.
Dan hanya kerana dia berparti membuatkan si lelaki merasakan dirinya tidak baik dan tidak mendengar kata.
Ingat!
"kegagalan seseoranglah yang memberi pengajaran yang bermakna buat mereka"
Untung dia berparti sebelum berkahwin.
Kalau selepas berkahwin? ..................
erm.....

Secara jujurnya.
Anis juga tidak terlalu baik malah tidak terlalu jahat!
Cuma nakal :D
Biasa la...
Untung nye anis, zaman kecil anis mengajar pelbagai jenis pengajaran.
Tidak perlulah diberitahu apa jenis kesalahan yang dilakukan.
Cuma anis dah rasa jatuh terduduk macam mana.
Hanya mama yang menghulur tangan untuk bangunkan anis.
Orang lain? Rakan2 ketika suka? Kekasih yang membawa ke lembah durjana?
Semua melarikan diri!
Itulah pelajaran yang paling hebat!
Terima kasih!

Tak salah mereka nak kenal.
Tetapi apa fungsinya?
Aduh...
Kita diamkan diri.
Tapi mereka sahabat.
Sahabat yang baik adalah dengan menegur kearah yang baik.
Bukan mengajar kearah yang gelap.
Maaf...

Buat sahabatku yang menghadapi masalah diatas.
Ajarlah kekasihmu kearah yang betul. *ayat poyo sikit*
Maaf sekali lagi.

Aku sayang sahabat2 aku.
Oh. Jangan pulak kau nak membalas dendam dengan kelakuan dia! ingat!

No comments: