Monday, March 2, 2009

Adi Alifuddin Hussein


Siang td anis jumpa dgn cousin anis kt MSN kt Bukit Jalil.
Sbb dia pelontar peluru negara..
Jumpa pn sbb nak amek kopok lekor..
Pastu dia ckp

Alip : aku kuar surat khabar hari nie, berita harian..
Anis : huh? pasaipa?
Alip : dorg ckp aku xnk blajar kt luar negara..
Anis : aku nak pi cari surat khabar sat ar..

Anis g cari merata Berita Harian tp xde..Abis
Aduh..blk td anis baru terigt yg Berita Harian pn ade online..
Pastu tgk la...


betapa besar n terang nye gambar cousin ku ini! gila ar!
Jap nak bg baca keratan kt Berita Harian Online.

ADI tidak berminat berlatih di luar negara.

Sasar pecah rekod kebangsaan milik jurulatihnya sendiri

ANDAI kebanyakan atlit olahraga lain kepingin menjalani latihan di luar negara yang disifatkan mampu memperbaiki catatan terbaik mereka, jaguh lontar peluru negara, Adi Alifuddin Hussein tampak lebih gembira berlatih di dalam negara.

Jaguh Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu dan pemenang pingat emas Sukan Universiti Asean, tahun lalu itu kini menumpukan perhatian untuk memperbaiki catatan peribadi, 16.09 meter sebelum mahu mencapai kemuncak pada Sukan Sea di Loas, Disember ini.


Dia juga mensasarkan memecahkan rekod kebangsaan milik jurulatihnya sendiri, Mohd Nazar Abd Rahim - 16.67m yang dicipta pada 1995.

"Mungkin April ini saya akan menyertai Kejohanan Terbuka Negeri Sembilan tetapi itu terpulang kepada jurulatih untuk menghantar saya atau tidak.

"Kejohanan lain sama ada di dalam atau di luar negara masih belum tentu kerana saya hanya akan diberitahu selepas ini," katanya.


Pada pandangan anis mmg la reporter nie nak tunjuk baik ker x tau la..
TAPI!!!
Xyah la guna ayat "Adi tidak berminat berlatih diluar"!!
Itukan satu yang mengaibkan?
Kalau la anis nie bukan cousin Alip..
Mesti anis dah ckp...
"ekeleh mamat nie, eksyen pulak..xnk berlatih kt luar negara!"

Btol x?
Btol x?
So skang boleh x kita nmpk yang tangan reporter tu jahat?
Sakit hati!!!

Sian adik sedara saya yang sorg nie...
Sabar yeeerrr Alip!!!


No comments: